SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG PERKARA INI:
Komunikasi
Penggunaan radio iaitu walkie-talkie/mobile rig/handy semasa konvoi adalah penting untuk memastikan setiap member berada dalam keadaan teratur dan selamat.
Semasa memandu, perbualan adalah di antara Zero Car, Hot Car, Team Leader, Back Marker, Service Car, Safety Car, Sweeper, Last Car atau Control mengikut mana yg telah dilantik oleh Komiti dan tujuan sesuatu konvoi tersebut. Bagaimanapun, dlm perjalanan yg agak jauh melalui lebuhraya, member dibenarkan utk QSO pendek sahaja dari masa ke semasa, utk menghilangkan tahap ke’boring’an TETAPI bukan di dalam bandar/pekan, sebab ader maklumat/info penting yg akan disampaikan oleh marshall yg bertugas berkenaan dengan keadaan jalan atau kesesakan trafik semasa memandu.
Lampu Strobe & Sirens
Dlm konvoi ini, sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan peralatan ini sama sekali oleh kerana kelab & individu tidak diberi kuasa/authority utk menggunakannya dari pihak berkuasa. Penggunaan peralatan ini akan membuatkan pengguna jalanraya yg lain akan panik & mengakibatkan kemalangan. Hanya lampu depan perlu dipasang semasa berada di dalam konvoi (bukannya hazard lights!!!).
Menahan Trafik - Hot Cars
Kepada mereka yang menjadi 'Hot Car', perlu lebih berhati-hati dari Marshall yang lain terutama apabila menahan keadaan lalulintas/trafik. Tetapi ini tidak digalakkan oleh kerana ia akan mengundang kemalangan kepada pengguna lain daripada hanya untuk kepentingan dan keselesaan kita. Menahan trafik hanya berlaku apabila sesuatu konvoi mendapat permit yang sah dari pihak berkuasa dan apabila majoriti dari kita TIDAK/TIADA walkies atau mod komunikasi.
Kelajuan
Zero Car sebenarnya perlu berada dlm tempoh 20-30 saat di depan konvoi kerana peranannya adalah utk memastikan keadaan trafik berjalan lancar, & akan memberi laporan pada Control dan seterusnya kepada Marshall yg bertugas.
Zero akan perlahankan kelajuan SELEPAS tol dgn tujuan supaya group yg lain dpt memasuki semula di dlm barisan konvoi. Semua akan mencapai kelajuan konvoi yg dibenarkan setelah Last Car memberitahu kesemuanya melepasi tol. Perlu diingat, tidak perlu MEMBERHENTIKAN KENDERAAN selepas tol. Begitu juga perkara yg sama berlaku sekiranya konvoi berada di persimpangan lampu isyarat.
Bila berhampiran dengan tol atau lampu isyarat, konvoi boleh menggunakan lane yg berbeza, atas alasan untuk memendekkan masa, dan Pace Car (Group Leader) akan mengetuai semula groupnya ke dalam barisan konvoi tersebut.
Ketepatan masa
Oleh kerana kita bergerak secara berkonvoi/berkumpulan dan masa perlu diikut seperti yg dirancang dan menunggu adalah tidak dibenarkan…….. LATE COMERS perlu mengejar konvoi atau terus menuju ke destinasi. Paling maksima yg boleh di tunggu pun adalah dalam 5-10 minit, kalau tak kita semua akan lewat & ini akan membuatkan imej/reputasi kelab terjejas, tambahan bila kelab menghadirkan diri atas jemputan pihak luar. So, please obey the rules & time!!!
Maklumat Penting:
Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan, sesiapa pun TIDAK DIBENARKAN berhenti kecuali LAST CAR, SERVICE CAR dan/atau SAFETY CAR …. ini adalah untuk keselamatan, sebab attitude dan mentality org Malaysia suka memberhentikan kereta dan menyibuk di lokasi kejadian, menyebabkan terjadinya kesesakan lalulintas & kemungkinan berlakunya kemalangan yg lain.
Konvoi yg lain sepatutnya perlu meneruskan perjalanan hingga ke destinasi terakhir. Last Car dan/atau Safety Car akan berada di lokasi kejadian & akan memberi laporan kepada Control berkenaan dgn situasi tersebut dari masa ke semasa sehinggalah kes selesai dan kembali menyertai konvoi, sekiranya perlu.
Jadi, minta kerjasama dari semua utk mematuhi arahan-arahan di atas supaya perjalanan konvoi pergi dan balik adalah selamat & lancar. Terima kasih.