Biro Konvoi Dan Komunikasi VIVAC
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Biro Konvoi Dan Komunikasi VIVAC

Disiplin, Kerjasama, Muafakat
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Marshall Modules

Go down 
+5
9W2-FLC
puteradunkin
9M2
mior
cik_widdy
9 posters
AuthorMessage
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:46 am

ARAHAN

MARSHALL KONVOI DAN KOMUNIKASI


1. Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik seminggu sebelum mengikuti konvoi.

2. Pastikan pemandu mempunyai masa rehat dan tidur yang cukup sehari sebelum konvoi.

3. Pastikan kesihatan pemandu berada dalam keadaan memuaskan dan penglihatan yang cerah. Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang mengantukkan beberapa jam sebelum mengikuti konvoi.

4. Pastikan pemandu gantian (*jika ada) biasa mengendalikan kenderaan anda.

5. Pastikan tali pinggang keledar (depan dan belakang) dipasang mengikut keadaan.

6. Pastikan muatan / penumpang tidak berlebihan mengikut apa yang ditetapkan.

7. Pastikan kenderaan lulus 10 check point pemeriksaan.

8. Pastikan tayar simpanan mempunyai tekanan angin yang mencukupi dan peralatan untuk menggantikan tayar boleh berfungsi.

9. Pastikan hadir ke sesi taklimat konvoi yang diberikan oleh MARSHALL bertugas dan kenali MARSHALL yang bertugas. Fahami laluan dan halangan yang bakal dilalui.

10. Bersedia di kenderaan masing-masing apabila selesai mendengar taklimat laluan MARSHALL dan nantikan sebarang arahan dariapda MARSHALL bertugas.

11. Pastikan lampu besar dipasang (*konvoi siang) dan HAZARD LIGHT (*konvoi malam) apabila berada di dalam kenderaan dan bersedia untuk bergerak.

12. Pastikan minyak berada di tahap mencukupi sebelum konvoi bergerak. Ketahui jarak perjalanan daripada tempat berkumpul (meetpoint) hingga ke lokasi.

13. Siren akan dibunyikkan oleh LAST CAR sekali sebagai tanda konvoi akan bergerak dalam masa 1 minit LEAD CAR akan membunyikan siren sebagai tanda konvoi mula bergerak.

14. Sentiasa berada di dalam konvoi dan dilarang keluar atau berhenti secara tiba-tiba.

15. Pastikan kelajuan adalah setara dengan kenderaan dihadapan bagi mengelakkan terpisah daripada konvoi hadapan sentiasa waspada dengan jarak kenderaan hadapan dan isyarat daripada MARSHALL bertugas.

16. Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan sekirannya ingin keluar daripada konvoi / mengalami masalah kepada kenderaan :

a. Nyalakan HAZARD LIGHT (*konvoi siang) atau padamkan HAZARD LIGHT (*konvoi malam) dalam satu tempoh bagi memberi isyarat kepada MARSHALL bertugas.

b. Perlahankan kenderaan bagi menjarakkan konvoi dan pilih lokasi sesuai untuk berhenti. Sekiranya konvoi di lebuhraya, pilih laluan paling kiri.

c. Angkat tangan di luar tingkap seterusnya gunakan lampu isyarat KIRI atau KANAN dimana yang berkenaan.

d. Apabila sudah berhenti di tempat selamat, tunggu di dalam kenderaan sehingga kehadiran MARSHALL bertugas. Gunakan HAZARD LIGHT kembali.

e. Sila maklumkan masalah yang dihadapi. Tindakan yang bakal diambil dan nyatakan sebrang bentuk bantuan yang diperlukan. Sila nyatakan keperluan untuk MARSHALL menemani anda sehingga masalah dapat diatasi. Nyatakan sekiranya MEDIC CARD atau SUPPORT CAR diperlukan.

17. Sentiasa memberi lakuan kepad MEDIA CAR, SUPPORT CAR dan MEDIC CAR apabila menyedari kehadiran mereka. Berikan ruang untuk kenderaan ini mencelah di dalam konvoi. Sentiasa peka dengan isyarat lampu yang diberikan.


Last edited by widdy83 on 27th February 2009, 8:11 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:48 am

CONTROL CAR

Definasi Tugas


1. Menyelaras semua tugasan yang berkaitan kepada MARSHALL.

2. Menjadi rujukan dan kata putus dalam setiap perbincangan yang berkaitan pemilihan laluan dan pemilihan laluan alternatif. Walau bagaimanapun, kata putus dibuat berdasarkan kata majoriti semua MARSHALL.

3. Sentiasa menjadi perhubung komunikasi antara semua MARSHALL.

4. Menjadi “support” dan “back-up” bagi tugasan “LEAD CAR”, “GROUP LEADER”, “SWEEPER”, “HOT CAR” dan “LAST CAR”.


Arahan

1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. Pastikan komunikasi MARSHALL dan MARSHALL berada dalam keadaan baik dan berkesan.

3. Pastikan LAMPU BESAR dan HAZARD LIGHT digunakan sepanjang perjalanan konvoi. Gunakan siren jika diperlukan. Bantu MEMBER menerima sebarang info melalaui isyarat tangan yang senang difahami. Sekiranya perlu, turun dan bantu HOT CAR di persimpangan.

4. Sentiasa memantau keadaan barisan konvoi dan maklumkan kepada yang berkenaan sekiranya diperlukan.

5. Sentiasa bersedia untuk mengambil alih posisi LEAD CAR, HOT CAR, LAST CAR jika diperlukan. Sila maklumkan sekirannya posisi diambil alih.
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:50 am

LEAD CAR


1. Arahan (1 – 8 ) kepada MEMBER CAR adalah perlu dipatuhi.

2. Hadir ke mesyuarat koordinasi yang akan dikendalikan 3 hari sebelum konvoi berjalan.

3. Hadir di dalam route-survey yang dijalankan seminggu sebelum konvoi berjalan.

4. Fahami dan jelas dengan laluan yang bakal digunakan seminggu sebelum konvoi berjalan.

5. Pastikan peralatan konvoi dan komunikasi berfungsi dengan baik. Sentiasa memakai bip MARSHALL sepanjang masa sebelum konvoi bergerak bagi pengelan kepada MEMBER.

6. Pastikan kenderaan diletakkan mengikut susunan yang dipersetujui di dalam mesyuarat koordinasi MARSHALL.

7. Pastikan kehadiran semas taklimat laluan kepada pemandu.

8. Sila bantu dalam menyusun atur kenderaan di dalam barisan konvoi. Penyusunan kenderaan perlu dibuat serta merta bagi memudahkan pergerakkan.

9. Setelah selesai mendengar taklimat laluan dan MARSHALL, sila berada di dalam kenderaan dan nantikan isyarat daripada LAST CAR. Sila pasang LAMPU BESAR sahaja.

10. Tunggu info kesediaan konvoi untuk bergerak disertai oleh isyarat siren sekali dibunyikan oleh LAST CAR sebagai tanda konvoi akan bergerak dalam 1 minit.

11. Recall CONTROL CAR dan HOT CAR melalui radio mengenai status kesediaan. Bunyikan siren seketika bagi menandakan konvoi mula bergerak.

12. Gunakan lampu isyarat KIRI dan KANAN sepenuhnya sepanjang perjalanan.

13. Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa dan berubah mengikut keperluan. Sentiasa berkomunikasi dengan GROUP LEADER dan LAST CAR untuk mengetahui situasi konvoi terkini.

14. Sila gunakan lorong tengah sekiranya laluan melibatkan lebuhraya. Maklumkan kepada LAST CAR sekiranya ingin menukar laluan atau memotong kenderaan. Tunggu arahan daripada LAST CAR sebelum bertindak.

15. Sentiasa ikuti laluan yang telah dipersetujui sahaja. Perubahan laluan alternatif hanya boleh dibuat sekiranya terdapat halangan yang besar dan dipersetujui oleh semua MARSHALL bertugas.

16. Pilih keadaan dan masa yang sesuai untuk memberhentikan konvoi atas sebab terdapat halangan yang sukar diatasi di hadapan. Dilarang memberhentikan konvoi tanpa sebarang sebab yang dinyatakan atas arahan “KONVOI SILA BERSEDIA UNTUK BERHENTI 100M DI HADAPAN” perlu dikeluarkan.

17. Perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini adalah WAJIB untuk dimaklumkan :

a. Sebarang halangan (kemalangan / jalan sesak / kerja-kerja pembaikan jalan / sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa / kenderaan berat). Gunakan isyarat tangan dan komunikasi radio bagi memaklumkan dan dapat diberi perhatian oleh pengguna lain. GROUP LEADER dan SWEEPER sila gunakan isyarat tangan mengikut LEAD CAR.

b. Tindakan menukar laluan semasa di lebuh raya atau jalan biasa. Tindakan memotong kenderaan di hadapan konvoi.

c. Tiba di lokasi.

18. Meminta bantuan HOT CAR sekiranya diperlukan untuk melancarkan perjalanan konvoi.

19. Setiap kali info yang disampaikan oleh LAST CAR atau sebaliknya perlu dijawab bagi menandakan penerimaan informasi tersebut. CONTROL CAR sila ulangi info yang gagal disampaikan serta merta.

20. Sila ambik kedudukan yang sesuai untuk meletak kenderaan. Bantu MEMBER CAR lain untuk meletak kenderaan serta dibantu oleh HOT CAR. Sila gunakan peralatan konvoi yang sesuai bagi tugasan ini. Maklumkan ketibaan konvoi ke lokasi.

21. Sila kira bilangan kenderaan keseluruhannya dan laporkan kepada LAST CAR untuk kepastian jumlah sebelum dan selepas konvoi tiba.
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:54 am

GROUP LEADER
Definasi Tugas


1. Menjadi ketua kumpulan dan kenderaan rujukan bagi kenderaan di dalam satu kumpulan. Memastikan MEMBER CAR tidak tercicir atau tersesat di dalam 1 barisan konvoi. Membantu memberi isyarat kepada ahli kumpulan jika terdapat halangan di hadapan.


Arahan

1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. Sentiasa memasang LAMPU BESAR (konvoi siang) dan HAZARD LIGHT (konvoi malam).

3. Kenderaan dilengkapi peralatan konvoi seperti baton light dan sarung tangan putih manakala mencukupi sekadar mempunyai handy.

4. Sentiasa memaklumkan keadaan kenderaan di dalam kumpulan sekiranya :-

a. Jarak antara kenderaan adalah jauh

b. Kenderaan menunjukkan isyarat untuk berhenti / ada masalah.

c. Kenderaan lain memasuki barisan

5. Gunakan isyarat tangan apabila mendapat info daripada LEAD CAR bagi membantu MEMBER memahami kenderaan tersebut.

6. Di lantik daripada kalangan ahli Unit Komunikasi.

7. Perlu hadir di fasa penerangan.
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:55 am

HOT CAR
Definasi Tugas


1. Membantu dan memastikan laluan LEAD CAR adalah mudah dan lancar. Memastikan setiap halangan yang dikenal pasti dapat di atasi dengan segera.


Arahan
1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. MARSHALL perlu sentiasa mengenakan pakaian rasmi bip MARSHALL dan mempunyai peralatan konvoi dan komunikasi yang lengkap. Bip Marshall, siren, beacon light dan sarung tangan putih adalah WAJIB.

3. Sentiasa memasang LAMPU BESAR dan HAZARD LIGHT ketika bertugas. Siren digunakan ketika menutup jalan bagi tujuan laluan kepada konvoi.

4. Mengikuti keseluruhan fasa yang dibuat sebelum layak bertugas pada hari konvoi. Kefahaman mengenai strategi yang telah direncanakan oleh MARSHALL lain difahami dan diperhalusi.

5. Pastikan sentiasa berada di hadapan LEAD CAR sekurang-kurangnya 5 minit lagi awal dan memastikan kenderaan awam dapat dihalang bagi mempermudahkan perjalanan konvoi.

6. Apabila tiba di lampu isyarat dimana LAMPU MERAH, HOT CAR dilarang meneruskan tugasan penutupan laluan. Tunggu sehingga LAMPU HIJAU dan barulah bersedia di persimpangan dan memastikan konvoi selesai melepasinya. Sila turun dari kenderaan sekirannya kenderaan lain sukar melihat halangan dibuat.

7. Kerjasama antara HOTCAR 1 à 4 adalah amat penting. Sistem “Tukar dan Ganti” digunakan bagi memastikan persimpangan di hadapan tidak ketinggalan dikawal.

8. Selepas taklimat MARSHALL kepada pemandu dan MARSHALL sila berada di dalam kenderaan dalam keadaan bersedia. Berbincang dengan LEAD CAR sekiranya ada perkara yang hendak di ‘HIGHLIGHT’.

9. Apabila menghampiri LOKASI terdapat keperluan konvoi memasuki lorong atau simpang, HOT CAR MARSHALL perlu letakkan kenderaan di simpang yang perlu dilalui. MARSHALL perlu turun dan gunakan isyarat tangan bagi memberhentikan kenderaan. Tunggu sehingga LAST CAR melepasi.

10. Sentiasa berhubung dengan LEAD CAR bagi melicinkan perjalanan konvoi.

11. Bantu dalam penyusunan kenderaan semasa di meet point dan LOKASI.


Last edited by widdy83 on 27th February 2009, 10:14 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:57 am

SUPPORT CAR
Definasi Tugas


1. Memastikan segala masalah yang berkaitan dengan kerosakan minor kenderaan ahli konvoi dapat di atasi.

2. Memastikan kenderaan yang rosak dapat ditunda sekurang-kurangnya ke bengkel berhampiran.

3. Membantu ahli konvoi di dalam penukaran tayar.

4. Menyediakan perkakasan yang lebih lengkap kepada konvoi.

Arahan

1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. Memastikan perkakasan yang berkaitan berada di dalam keadaan baik.

3. Hadir ke mesyuarat koordinasi marshall bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai laluan dan keperluan lain.

4. Hadir di taklimat marshall untuk meberi tips-tips pemanduan yang betul dan beberapa perkara yang berkaitan berdasarkan keadaan jalan yang bakal dilalui. (Laluan bukit : penggunaan gear).

5. Pastikan hanya LAMPU BESAR dipasang. Gunakan HAZARD LIGHT sekiranya khidmat diperlukan. Monitor di freq sekiranya dipanggil oleh MARSHALL bertugas.

6. Apabila mendapat info ada MEMBER yang berhenti atau keluar daripada barisan konvoi. SUPPORT CAR perlu bersedia samada diperlukan.

7. Komunikasi radio hanya dibenarkan untuk tujuan di atas sahaja. Biarkan freq digunakan untuk trafik yang lebih penting.
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:58 am

MEDIC CAR
Definasi Tugas
PIC : En Fendi & En Mior

1. Menguruskan semua perkara berkaitan dengan perubatan awal kepada semua ahli konvoi.

2. Memastikan pesakit dapat dihantar ke hospital dengan selamat.

Panduan

1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. Pastikan peralatan berkaitan MEDIC mencukupi dan peralatan asas tidak ketinggalan.

3. Hadir ke mesyuarat koordinasi marshall bagi mendapatkan anggaran bilangan peserta konvoi dan keperluan yang difikirkan perlu.

4. Pastikan peralatan komunikasi berfungsi dengan baik. Sentiasa memantau info / maklumat daripada LEAD CAR dan LAST CAR untuk memberi gambaran tahap komunikasi. Sekiranya gagal sila maklumkan.

5. Pastikan tahu laluan yang dipilih dan menyenaraikan pusat perubatan, hospital, klinik sepanjang laluan dan yang terdekat. Sekiranya ada kecemasan, senarai no telefon juga digalakkan dibawa bersama.

6. Pastikan hanya LAMPU BESAR dipasang. Gunakan HAZARD LIGHT dan siren apabila khidmat diperlukan di hadapan. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada MARSHALL bertugas.

7. Apabila mendapat info / maklumat ada MEMBER yang berhenti atau keluar daripada barisan konvoi, MEDIC CAR perlu bersedia samada diperlukan. Hanya LAST CAR yang memberikan arahan tersebut.

8. Komunikasi radio hanya dibenarkan apabila dipanggil oleh MARSHALL lain yang bertugas. Biarkan freq digunakan untuk trafik yang lebih penting.


Last edited by widdy83 on 27th February 2009, 9:05 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 7:59 am

SWEEPER
Definasi Tugas
PIC : EN FARIZ (9W2FLC)



Kenderaan terakhir di dalam kumpulan (sekiranya konvoi dipecahkan kepada kumpulan). Membantu mengawal MEMBER di dalam Kumpuan Bantuan Pengawalan kepada GROUP LEADER.


1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. Bertindak sebagai bantuan kepada pengawalan MEMBER di dalam kumpulan di mana GROUP LEADER mengetahuinya.

3. Memasang LAMPU BESAR (konvoi siang) dan HAZARD LIGHT (konvoi malam) sepanjang konvoi.

4. Sentiasa memaklumkan sekiranya :-

a. Ada kenderaan asing memasuki barisan konvoi.

b. Ada kenderaan menunjukkan isyarat untuk berhenti / masalah sekiranya GL gagal memaklumkan.

5. Dipilih daripada ahli Unit Komunikasi.


Last edited by widdy83 on 27th February 2009, 10:17 pm; edited 3 times in total
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 8:00 am

MEDIA CAR
PIC : Cik Widdy & Cik Tiha


1. Item (1 – 8 ) diguna pakai semua.

2. Pastikan lampu besar dan HAZARD LIGHT dipasang sepanjang konvoi.

3. MEDIA CAR bebas bergerak ke hadapan dan ke belakang atau keluar daripada barisan konvoi atas sebab tugasan media.

4. Setiap tindakan di atas perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada CONTROL sebelum mengambil tindakan lanjut.

5. Sila gunakan siren dan isyarat tangan kepada kenderaan lain sekiranya perlu memasuki antara kenderaan di dalam kenderaan konvoi.

6. Pastikan kelajuan kenderaan selaras dengan permintaan MEDIA CREW. Sekiranya ingin mendahului LEAD CAR, maklumkan dan tunggu sehingga diiringi oleh kenderaan MARSHALL ke hadapan.

Komunikasi melalui radio hanya dibenarkan atas perkara di atas sahaja. Selebihnya pastikan freq diberikan kepada trafik lebih penting.


Last edited by widdy83 on 27th February 2009, 10:16 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 8:02 am

ETIKA/TANGGUNGJAWAB SEORANG MARSHALL KONVOI DAN KOMUNIKASI



1. Bertanggungjawab dengan segala tindakan, percakapan atau perbuatan yang dilakukan sepanjang bertugas.

2. Mematuhi segala kod etika atau pekeliling yang telah diwartakan WAJIB untuk dipatuhi.

3. Bersikap terbuka di dalam memberi pendapat dan menerima teguran daripada pihak lain setiap masa.

4. Berhak mencalonkan, mengundi seseorang untuk setiap jawatan yang perlu diisi di dalam BIRO, menerima sebarang keputusan pelantikan setelah urusan pemilihan dijalankan dengan telus.

5. Berhak menegur sebarang tindakan yang dibuat oleh pengguna dalam saluran tertentu. Setiap teguran perlu dibuat secara tertib dan berkhemah.

6. Akur dengan tindakan pembahagian tugas dalam suatu tugasan. Sekiranya tidak menerima tugas yang sesuai, sila nyatakan masalah yang dihadapi untuk pengurusan mencari jalan penyelesaian.

7. Menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi tinggi, amanah serta jujur.

8. Menghormati sesiapa juga yang dilantik sebagai KETUA. Berikan sepenuh kepercayaan dan kerjasama kepadanya tanpa mengira perbezaan umur atau individu itu sendiri. Apabila di dalam tugasan perkara ini amat penting.

9. Mampu bekerja sendiran tanpa pengawasan sepenuhnya daripada penyelia di dalam tugasan. Anggap setiap tugasan yang dilakukan adalah sumbangan kepada semua ahli dan tidak mengharapkan sebarang imbukan tertentu.
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 8:04 am

KOD ETIKA/PERSEDIAAN SEBELUM SETIAP ACARA KONVOI
MESYUARAT MARSHALL (*KENDALIAN KONVOI)



Peringkat 1 : Menerima maklumat mengenai aktiviti yang bakal dijalankan
(Ketua Unit Konvoi)
– Maklumat tarikh / masa
– Maklumat lokasi
– Maklumat aktiviti
– Maklumat penglibatan pihak lain


Peringkat 2 : Cadangan mengadakan MESYUARAT MARSHALL
(Ketua Unit Konvoi)
– Tarikh yang dipilih
(Pengarah)
– Lokasi yang dipilih
– Agenda mesyuarat


Peringkat 3 : MESYUARAT MARSHALL (FASA 1)
(Semua Marshall)
– Maklumat lengkap acara / aktiviti
– Cadangan pemilihan tempat pertemuan / berkumpul (meetpoint)
– Cadangan pemilihan laluan utama & altenatif
– Keperluan peralatan konvoi & komunikasi
– Keperluan MARSHALL bertugas
– Penetapan tarikh jalan yang bakal dilalui (route-
– survey)
– Keperluan sumber kewangan
– Permohonan permit / kelulusan berkaitan konvoi


Peringkat 4 : AKTIVITI ROUTE SURVEY
(Semua Marshall)
– Kenal pasti simpang & lampu isyarat
– Kenal pasti keadaan trafik
– Kenal pasti stesen minyak, balai polis & pusat perubatan
– Kenal pasti keadaan jalan, kerja-kerja pembinaan di laluan atau halangan lain-lain
– Kenal pasti keberkesanan peralatan komunikasi


Peringkat 5 : MESYUARAT KOORDINASI (FASA 2)
(Semua Marshall)
– Pembentangan hasil aktiviti Route Survey
– Pemilihan terakhir laluan utama & alternatif
· jarak yang dekat
· masa yang singkat
· kurang halangan
· selamat
– Pemilihan MARSHALL bertugas
· penawaran diri
· lantikan oleh KETUA UNIT KONVOI
– Strategi Konvoi
· pembahagian tugas tertentu
– Pemilihan Meet Point sesuai


Peringkat 6 : TAKLIMAT MARSHALL YANG BERTUGAS
(Ketua Unit Konvoi – Maklumat aktiviti
& Pengurus)
– Strategi konvoi
– Recall tanggungjawab kesemua marshall yang telah diterima sebelum ini
– Masalah / isu semasa
– Jumlah kenderaan ikut serta


Peringkat 7 : TAKLIMAT KEPADA SEMUA PEMANDU
(Ketua Unit Konvoi)
– Maklumat aktiviti
– Jarak perjalanan dan masa
– Maklumat laluan
– Memperkenalkan Marshal yang bertugas
– Arahan tertentu
– Masalah / Isu semasa
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
cik_widdy
Bendahari Biro
Bendahari Biro
cik_widdy


Female
Number of posts : 166
Age : 41
Location : Airport City
Status : attached to Optimusprime
Callsign : VC3-WID
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 8:08 am

cik widdy akan tmbah lagi selepas lengkap semua module tugas marshall. masih lagi melengkapkan senarai marshall.

Mekasih...

ps : anda boleh reply balik post ni. hanya yg berkaitan dengan topic. Razz
Back to top Go down
http://widdy83.blogspot.com
mior
Marshall
Marshall
mior


Male
Number of posts : 33
Age : 38
Location : shah alam
Status : double
Callsign : ::VC3MED::~
Registration date : 2009-02-13

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 9:01 am

sungguh lengkap...... afro
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
9M2
Kadam
Kadam
9M2


Male
Number of posts : 68
Age : 2015
Location : United Subang Jaya
Status : someone is coming...
Callsign : 9M4RBC
Registration date : 2008-11-27

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 10:53 am

mior, bese arr...kitowang bukan sekadar mulut je berckp...btul tak?
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
mior
Marshall
Marshall
mior


Male
Number of posts : 33
Age : 38
Location : shah alam
Status : double
Callsign : ::VC3MED::~
Registration date : 2009-02-13

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime27th February 2009, 10:56 am

well done guys!!!! cheers
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
puteradunkin
Pen. Ketua Unit Komunikasi
Pen. Ketua Unit Komunikasi
puteradunkin


Male
Number of posts : 77
Age : 38
Location : kajang
Status : single
Callsign : VC3-ROY
Registration date : 2009-01-14

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime28th February 2009, 2:09 am

roy akn cuba bg kerjasama dlm apa jua yg berkaitan dgn biro ni.apapun,roy hanya tggu kperluan yg t'pling asas skali utk jd slh seorg ahli marshall.
Back to top Go down
9W2-FLC
Penasihat Biro
Penasihat Biro
9W2-FLC


Male
Number of posts : 43
Age : 41
Location : Selayang
Status : Single
Callsign : VC3FZ
Registration date : 2009-02-22

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime2nd March 2009, 12:30 am

Sokongn & smangat anda diucapkn trime kasih byk en.roy..

truskan sokongn smntare blom luntur smgat marshall2 yg ade skang.. Cool
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
Kilo Alfa Mike
Marshall
Marshall
Kilo Alfa Mike


Male
Number of posts : 28
Age : 42
Location : Ampunk
Status : Long Ranger
Callsign : VC3-KAM
Registration date : 2008-12-29

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime3rd March 2009, 11:50 am

syabas buat rakan2 yg bertanggungjawap....insyaallah apebila tugas d beri den akan buat sehabis baik.......dlm cite wonderpad(ape yg penting KERJASAME)
Back to top Go down
optimusprime
Timbalan Pengarah Biro
Timbalan Pengarah Biro
optimusprime


Male
Number of posts : 149
Age : 44
Location : Balai Polis Sri Serdang
Status : Single NOT Available..haha
Callsign : VC3-OO & 9W2-FSW
Registration date : 2009-01-04

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime4th March 2009, 11:37 am

papepun,credit pd Tuan penasihat yg bersusah payah menyediakan segala
penerangan di atas...juga pd Cik Widdy yg menaipnya agar dpt di letakkan
dlm forum marshall ni....thank to U two (bro n widdy)....
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
PR-AFS
Ahli Berdaftar Callsign/Biro
Ahli Berdaftar Callsign/Biro
PR-AFS


Male
Number of posts : 220
Age : 46
Location : equine - pantai dalam-kota bahru-alor star-bagan serai
Status : married
Callsign : 9W2SLT / PR-AFS / VC3-SL
Registration date : 2008-12-30

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime4th March 2009, 11:57 am

Syabas to ALL......
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
optimusprime
Timbalan Pengarah Biro
Timbalan Pengarah Biro
optimusprime


Male
Number of posts : 149
Age : 44
Location : Balai Polis Sri Serdang
Status : Single NOT Available..haha
Callsign : VC3-OO & 9W2-FSW
Registration date : 2009-01-04

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime4th March 2009, 12:32 pm

ya betul!!!!huhu....
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
m.rizal

m.rizal


Male
Number of posts : 9
Age : 42
Location : Kuala Lumpur
Status : Single
Callsign : VC3RS
Registration date : 2008-12-30

Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime9th April 2009, 12:02 pm

optimusprime wrote:
ya betul!!!!huhu....

Insyaallah.. aku pun tingin nak join korang, tapi selalunya kerja dan macam2 hal mencemburui diri.. ape2 klu korang rasa aku diperlukan untuk tugas2 tertentu, aku sedia membantu, ahaks..
Back to top Go down
http://www.peroduavivaclub.com
Sponsored content





Marshall Modules Empty
PostSubject: Re: Marshall Modules   Marshall Modules Icon_minitime

Back to top Go down
 
Marshall Modules
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» List Marshall
» attention to ALL MARSHALL-AGM
» Welcome to Vivac Marshall forum!
» Order : VIVAC Marshall Badge & Cap
» Marshall meting sempena pembahagian tugas semasa AGM VIVAC........

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Biro Konvoi Dan Komunikasi VIVAC :: Marshall & Convoy :: Marshall-
Jump to: